Selasa, 27 Januari 2009

e-GST 2009

Pihak kami dimaklumkan bahawa permohonan atas talian e-GST hanya dibuka sehingga 25 Mac 2009. Selepas konvo nnt kita perlu isi lagi sekiranya perlu.

Selasa, 20 Januari 2009

Online Posting Sudah Dikeluarkan

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera...

Kepada rakan2 sekalian, borang online posting sudah boleh diisi melalui moe.gov.my atau terus ke http://apps.emoe.gov.my/egst

Sekian, dimaklumkan.

Wsalam

Ahad, 11 Januari 2009

Tuntutan (Claim) Yuran Perkhidmatan Bas Semester 8

Assalamu'alaikum wbt dan salam ukhuwah...

Ape khabar rakan2 cikgu yang dihormati sekalian. Semoga tempoh praktikum ditempuhi dengan semangat yang waja. Dua hari yang lalu, saya telah mendapatkan pertolongan seorang kenalan MPP (Cikgu Aqilah) untuk mendapatkan kebenaran/kesahan tentang perkhabaran berkaitan tuntutan yuran bas bagi pelajar2 sem 2 2008/9 (sem 8). Dukacitanya, pihak kami dimaklumkan bahawa pihak Bendahari UPSI masih tidak membenarkan sebarang tuntutan yuran semester akhir. Diharap kan rakan2 cikgu dapat menerima perkara ini dengan sabar dan rasional. Semoga perkara ini tidak terbawa2 semasa praktikum sehingga menjejaskan tumpuan/fokus cikgu2 sekalian. Selamat maju jaya... Saya mewakili wargakerja cikgufizikupsi memohon maaf sekiranya blog ini jarang diupdate disebabkan ketiadaan internet di tempat kami untuk masa ini. InsyaALLAh, kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mensiarkan maklumat2 terkini.

"Cemerlang Insan Kerana Guru Unggul"

Wallahu'alam

Khamis, 8 Januari 2009

Sekadar Peringatan Buat Teman2 Semester 8

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...

Kepada rakan2 yang disayangi, sayugianya diminta agar rakan2 pergi ke sekolah (praktikum) masing-masing sebelum 12 Jan 2009. Hal ini bagi menghadapi segala kemungkinan yang ada, antaranya rakan2 akan mengajar subjek selain Fizik yang mana memerlukan rakan2 membuat ulangkaji/pembacaan awal. Selain itu, rakan2 boleh mendapatkan jadual waktu disamping berbincang/ta'aruf dengan guru pembimbing masing2. Sekiranya rakan2 memerlukan sebarang bahan/cadangan, sudilah kiranya rakan2 titipkan ke e-mail cikgufizikupsi@gmail.com. InsyaAllah, kami warga kerja cikgufizikupsi akan membantu seadanya. Sama2 lah kita mempertingkat profesion perguruan.


Cemerlang Insan Kerana Guru Unggul (C.I.K.G.U).

Slip Keputusan Peperiksaan Sem 1 2008/9

Pihak kami dimaklumkan oleh unit akademik FST berkenaan Slip Keputusan Peperiksaan Sem 1 2008/9 bagi pelajar semester 7 (sekarang nie semester 8), slip tersebut akan dipos ke rumah rakan2 seperti alamat yang ada di dalam rekod UPSI. Manakala, untuk semester 6 dan ke bawah, rakan2 dikehendaki mengambil slip masing-masing dalam jangka masa yang dibenarkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan anda dikenakan denda. Harap maklum

Selangkah Ke Alam Nyata





Dup...dup...dup...begitu lah debaran yang pastinya menyelubungi perasaan dan pemikiran rakan2 yang akan menjalani praktikum bermula Isnin ini (12 Jan 2009). Walau apapun, itulah kenyataan dan cabaran yang harus ditempuhi. Pesanan daripada beberapa orang pensyarah, yang pertama sekali kita betulkan niat kita (mengajar kerana siapa?), untuk apa kita mengajar?. InsyaAllah bila mana niat kita betul, pasti Allah akan memudahkan segala cara. Amin. Apa pun, saya mewakili warga kerja cikgufizikupsi mengharapkan agar rakan2 berusaha sebaik mungkin, ambil lah peluang dan kesempatan yang ada untuk sentiasa upgrade dan up-to-date. Yakin lah akan diri kita, beri peluang dan motivasi kepada diri sendiri. Jadi lah diri kita yang sebenarnya. Oh ya, jangan lupa moto kita iaitu C.I.K.G.U (Cemerlang Insan Kerana Guru Unggul), Guru Bitara, dan kita semua adalah Anak Kandung Suluh Budiman. UPSI boleh! Kita semua pasti bolah!


Isnin, 5 Januari 2009

Yuran Sem 8 (praktikum)

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera...

Kepada rakan2 yang akan menjalani praktikum, yuran semester masih pada kadar RM799. Saya dimaklumkan oleh pihak bendahari kerana ianya sudah termasuk dalam pakej pengajian. Hal ini masih diperingkat perbincangan antara MPP dengan pihak Bendahari UPSI. Antara hujah/sebab yang diberikan oleh pihak Bendahari kepada MPP ialah, tuntutan (claim) oleh pensyarah adalah lebih tinggi berbanding apa yang dibayar oleh pelajar dalam yuran. Apapun rasionalnya berkaitan sebab yang diberikan oleh pihak Bendahari, diharapkan rakan2 tidak terlalu terbawa-bawa sehingga menjejaskan prestasi kita semasa praktikum nanti. Sekiranya tidak kita, semoga junior2 kita akan menikmati pemotongan yuran tersebut. Saya mewakili wargakerja blog cikgufizikupsi merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada Anak Kandung Suluh Budiman tidak kira di mana jua kita berada. Bersama2lah kita bermujahadah ke hadrat ILAHI agar DIA membantu dan melindungi saudara2 seIslam di bumi Palestin dan dimana jua mereka berada. Amin Ya Rabba'alamin...

Wsalam...

Jom Masuk U 2009



Jumaat, 2 Januari 2009

Keganasan Israel di bumi Palestin. Apakah usaha kita sebagai saudara seislam?

Assalam'alaikum wbt....
Hari ini khutbah jumaat di Masjid Jamek Tanjong Malim berkisarkan tentang keganasan rejim Israel laknatullah ke atas bumi Palestin. Antara saranan yang diutarakan oleh Khatib ialah agar semua umat Islam mengadakan Solat Sunat Hajat dan membaca Doa Qunut Nazilah. Marilah kita semua bersama-sama bermunajat dan berdoa agar saudara-saudara kita dikurniakan kekuatan iman dan bumi Palestin kembali mengecapi keamanan dan keselamatan. Semoga Allah membantu saudara-saudara kita dalam berhadapan dengan musuh-musuhNYA. Amin Ya Rabbal 'Alamin...Allahu Akhbar...

Bacaan Doa Qunut Nazilah dangan terjemahan Bahasa Melayu



...Kegemilangan Silam Dalam Lipatan Kenangan...




Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan

PPD (pejabat pelajaran daerah) memerlukan bakal-bakal guru yang belum posting sebagai guru ganti. Bakal guru boleh memohon borang KGSK (kumpulan guru simpanan kebangsaan) PPD akan bayar RM95 sehari (kalau dah grad) / rm40 sehari (kalau belum - gaji SPM)

PPD timur laut (Pulau Pinang) memerlukan lagi 18 orang guru ganti utk tempoh 10julai-28julai 2008 kalau sesiapa yang belum ada kerja...boleh cuba memohon.

Jangan risau di sekolah banyak lagi cikgu2 yang cuti bersalin&cuti berkursus ...jadi kerja sebagai guru ganti ni sentiasa ada....sementara nak tunggu posting ni...


Harap Maklum =)


Petikan: 

http://mysynergiclab.com/chem/index.php?option=com_content&task=view&id=44&Itemid=1