Selasa, 30 Jun 2009

Istiadat Konvokesyen Ke-11 Sidang Ke-2 2009

KonBerikut adalah sesi pengurniaan Ijazah mengikut program masing-masing sempena Istiadat KOnvokesyen Kesebelas Sidang Kedua 2009.

Sesi 1 (Pagi) - Phd & Sarjana
11 Ogos 2009
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) dengan Kepujian

Sesi 2 (Petang)
11 Ogos 2009
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Perakaunan) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) dengan Kepujian

Sesi 3 (Pagi)
12 Ogos 2009 Rabu
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) dengan Kepujian

Sesi 4 (Petang)
12 Ogos 2009 Rabu
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Muzik) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) dengan Kepujian

Sesi 5 (Pagi)
13 Ogos 2009 Khamis
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi) dengan Kepujian

Sesi 6 (Petang)
13 Ogos 2009 Khamis
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) dengan Kepujian

Sesi 7 (Pagi)
14 Ogos 2009 Jumaat
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian

Sesi 8 (Petang)
14 Ogos 2009 Jumaat
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian (sambungan sebelah pagi)

Sesi 9 (Pagi)
15 Ogos 2009 Sabtu
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian

Untuk makluman, bagi bakal graduan pendidikan sains, walaupun terdapat 3 pengkhususan yg berbeza, sesi pergurniaannya tetap di bawah satu program iaitu program Pendidikan Sains.

Sekian, harap maklum.

Source: Unit Pengijazahan, BHEA

Rabu, 3 Jun 2009

Mendidik generasi muda mencintai alam sekitar


Mendidik generasi muda mencintai alam sekitar - 9 Ogos 2008 Berita Harian

PENERAPAN pendidikan menjaga alam sekitar dan kebersihan bermula di rumah dan mudah dilaksanakan seandainya ibu bapa benar-benar komited untuk melaksanakan usaha murni ini. Ia bukanlah suatu perkara yang sukar dilaksanakan dan tidak memerlukan kos tinggi malahan banyak memberikan manfaat kepada setiap keluarga yang mengamalkannya. Oleh itu, ada beberapa kaedah mudah yang boleh diamalkan ibu bapa untuk mendidik anak untuk menjaga alam sekitar bermula dari rumah.

Pertama; Menanam sikap membuang sampah di tempat yang betul. Pada masa ini, pembuangan sampah sudah menjadi tabiat di kalangan masyarakat. Amalan membuang sampah di tempat yang betul dapat mendidik generasi cintakan kebersihan dan bencikan kekotoran. Melalui pendidikan alam sekitar di rumah, anak diberikan penekanan untuk membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.

Kedua; Amalan mengasingkan sampah mengikut jenis seperti kertas, plastik botol kaca dan sisa makanan boleh dibudayakan daripada rumah. Ia dapat dilakukan dengan menyediakan empat bekas sampah yang berlainan warna (kuning, biru, jingga dan hijau) bagi mengasingkan sampah harian yang terhasil. Ia boleh diletakkan di tempat strategik di dalam dan halaman rumah.
Ketiga; Ibu bapa perlu mengadakan ruang di halaman rumah untuk menanam tanaman seperti pokok bunga, sayuran dan buah-buahan. Ia bukan saja dapat mengindahkan persekitaran rumah malahan sayuran dan buah-buahan boleh dijadikan santapan berkhasiat untuk jamuan sekeluarga. Sekiranya ruang untuk menanam tumbuhan terhad teknik hidroponik boleh dilaksanakan. Amalan ini selaras dengan saranan Perdana Menteri baru-baru ini untuk menggalakkan tanam sayur dan buah-buahan di sekitar rumah. Selain itu, sisa makanan yang terhasil setiap hari boleh digunakan sebagai baja kompos organik untuk menyuburkan tanaman. Ibu bapa perlu melakukan aktiviti ini secara bersama dengan anak. Kaedah ini dapat menerapkan kefahaman menyayangi alam melalui penanaman tumbuhan yang boleh memberi manfaat kepada manusia.
Keempat; Aktiviti rekreasi alam sekitar perlu diperbanyakkan dan amalan membeli belah ke pusat beli- belah perlu dikurangkan. Ini dapat menggalakkan anak berjimat cermat dan pada masa sama meningkatkan kesedaran untuk menyintai alam sekitar di kalangan anak. Aktiviti rekreasi alam sekitar seperti ke kawasan rekreasi air terjun, kawasan tanah tinggi, hutan, sungai dan pantai adalah lebih bermanfaat daripada ke pusat beli-belah, sekali gus mengisi masa lapang anak dengan penuh berkualiti.

Kelima; Amalan penjimatan tenaga perlu di jadikan amalan di rumah. Amalan penjimatan penggunaan elektrik dan air boleh dilakukan dengan mematikan suis lampu, pendingin hawa dan kipas apabila ia selesai digunakan. Penggunaan air pula di gunakan secara berhemat dengan memastikan air yang digunakan secukupnya dan tidak membazir. Air basuhan pakaian sebenarnya masih boleh digunakan untuk menyiram pokok dan tanaman di halaman rumah.

Keenam, aktiviti mengemas rumah, mencuci kereta dan membersihkan halaman perlu dijadikan budaya di dalam sesebuah keluarga. Ia perlu diadakan sekerap mungkin. Anak-anak yang diajar dengan nilai baik mencintai kebersihan dan membenci kekotoran akan dapat melahirkan ahli masyarakat yang baik ketika berada di luar rumah.


Ketujuh; Bagi mendidik keprihatinan mengenai alam sekitar anak perlu didedahkan dengan maklumat mengenai isu alam sekitar yang berlaku. Majalah berbentuk pendidikan alam sekitar perlu diperbanyakkan di rumah. Anak yang didedahkan maklumat dan bahan bacaan mengenai alam sekitar akan dapat membina pemikiran yang sihat dan matang. Gambar hiasan di dalam rumah juga perlu menonjolkan aspek cintakan alam sekitar. Sesungguhnya isu dan masalah alam sekitar kini semakin mencabar dan kompleks. Peranan ibu bapa amat penting bagi mendidik anak menghayati alam sekitar. Generasi muda yang terbina dengan asas nilai murni yang kuat dari rumah dapat membina masyarakat yang bertanggungjawab dan sedar mengenai alam sekitar.

ABDUL RAHMAN MAHMUD, Alor Star, Kedah

Hari Alam Sekitar Sedunia 2009






MASYARAKAT KURANG PRIHATIN TERHADAP ISU ALAM SEKITAR


Hari Alam Sekitar Sedunia atau World Environment Day disambut pada 5 Jun setiap tahun. Hari Alam Sekitar Sedunia telah dilancarkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1972 dan Program Persekitaran PBB (UNEP) juga ditubuhkan pada tahun yang sama untuk membangkitkan kesedaran mengenai alam sekitar dan menarik perhatian politik dan tindakan awam.

Masyarakat Malaysia tidak cakna dan prihatin kewujudan Hari Alam Sekitar Sedunia ini kerana mereka tengah menggaru kepala memikirkan kenaikan harga minyak yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Seharusnya masyarakat mengorak langkah menjadikan Hari Alam Sekitar Sedunia sebagai hari mentajdidkan semangat mengharmonikan dan melestarikan alam sekitar. Cukup banyak isu-isu yang berhubung dengan alam sekitar yang menjadi paparan utama arus media perdana negara. Media-media ini menjuarai isu-isu alam sekitar yang telah dinodai oleh tangan-tangan rakus masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Kebertanggungjawaban media ini dapat dilihat seperti akhbar-akhar tempatan yang meletakkan ruangan Alam Sekitar, media TV3 yang menjadikan Karam Singh Walia sebagai wartawan yang membawa isu alam sekitar di Malaysia yang.

Terlalu banyak isu alam sekitar yang diperkatakan dan direncanakan dalam melestarikan alam semulajadi ciptaan Allah Tuhan yang Maha Agung. Isu pembakaran terbuka masih berlesuasa, isu pencemaran sungai usah dikata, isu pembuangan sampah merata-rata tidak terkira hatta isu haiwan yang patut dilindungi juga menjadi mangsa kerakusan dan ketidakbertanggungjawaban manusia. Masyarakat sudah lari dari fitrah asal yang mana sepatutnya diri yang dilantik oleh Allah sebagai khalifah menjadikan alam sekitar pentas untuk dijaga dan diharmonikan. Kita masih ragu-ragu, kenapa sungai yang kita pelihara dengan pelbagai kempen kesedaran serta pembersihan yang terurus tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan. Jika hari ini Majlis Bandaran membersihkan sungai pastinya esok kotor kembali apatah lagi masyarakat yang bergotong royong membersihkan kawasan perumahan, tetapi kesudahannya masih kekal kotor.
Kita seharusnya sedar bahawa masyarakat mempunyai hak untuk mendapatkan alam semula jadi yang sihat dan selamat. Ia telah termaktub dalam 8 hak pengguna yang telah diisytiharkan oleh International of Consumer Unions (IOUC). Seharusnya hak ini menjadi tanggungjawab bersama dengan agenda yang telah direncanakan dalam buku Panduan Pengguna. Semua pihak berperanan sama dalam soal ini seperti pihak kerajaan, pihak industri dan peranan pengguna.

Terlalu banyak program dan aktiviti kesedaran mengenai alam sekitar seperti seperti kempen sayangi sungai kita, pertandingan menulis esei alam sekitar, gotong royong, kempen kitar semula dan sebagainya. Permasalahan yang timbul adalah segala program dan kempen yang dibuat hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri masyarakat.

Seharusnya masyakat bersama-sama berganding bahu menjadikan alam semulajadi ini sebagai satu medan untuk dilestarikankan. Masyarakat sememangnya mengerti kesan dan akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini, tetapi gerak kerja untuk memurnikannya masih kurang. Sewajarnya masyarakat harus sedar alam semulajadi yang dianugerahkan bukanlah satu benda yang boleh di “recycle” atau dikitar semula, tetapi ianya mestilah diharmonikan dan dijaga. Allah telah meletakkan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini dengan sikap kebertanggungjawaban, jadi masyarakat haruslah memainkan peranan untuk melestarikan alam ini agar ianya harmoni, aman dan makmur. Selamat Hari Alam Sekitar Sedunia kepada semua masyarakat agar agenda melestarikan alam sekitar ini terus dilaksanakan.


ZULZAIDI BIN MAHMOD
JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG,
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,
UNIVERSITI MALAYA.