Isnin, 13 April 2009

100 Hours of Astronomy!


Tamatnya Earth Hour pada Sabtu lepas, kini sebuah lagi aktiviti global akan diadakan iaitu 100 hours of Astronomy. Ia merupakan sebuah aktiviti star-party besar-besaran seluruh dunia dan akan bermula dari 3 hingga 5 April 2009 nanti. Penganjur program tersebut UiTM, Arau telah berbesar hati menjadi tuan rumah kepada sebuah program kerjasama global yang ulung bagi para peminat astronomi seluruh dunia. Menurut pemerhatian saya, UiTM Arau merupakan program tempatan pertama yang telah mendaftar di laman web 100 Hours! Tahniah!

Penumpuan program 100 hours ini, selain daripada beberapa siri ceramah astronomi, ialah aktiviti cerapan langit (siang dan malam) yang akan diadakan sepanjang tempoh tersebut. InsyaAllah, saya akan usahakan buat Live streaming video dari sana nanti.

Di samping itu, jika anda menjengah ke laman web 100 Hours, terdapat begitu banyak aktiviti online yang dijadualkan berlangsung. Saya melihatnya sebagai satu peluang yang amat menarik bagi kita melihat sendiri bagaimana penggiat astronomi dan para professional melakukan aktiviti mereka di negara masing-masing. Di bawah saya senaraikan di antara aktiviti yang mencuri tumpuan:

  1. 100 Hours of Remote Astronomy - Peluang untuk menggunakan teleskop jarak jauh di seluruh dunia.. secara percuma!
  2. Around the World in 80 Telescopes - Webcasting secara langsung daripada balaicerap astronomi dunia.
  3. 24-hour Global Star Party - Seluruh penggiat astronomi dunia akan menganjurkan aktiviti cerapan sebaik sahaja matahari terbenam sehingga terbut matahari, di negara masing-masing!
  4. Ahad - Akviti mencerap matahari!... dan banyak lagi program menarik.

Jika anda mempunyai teleskop, jangan segan silu dan pacaklah depan rumah, dan ajaklah keluarga, sahabat dan jiran untuk menikmati keindahan langit malam menerusi mata seorang fanatik astronomi!

Tiada ulasan: