Khamis, 20 November 2008
Selamat Bercuti
Selasa, 18 November 2008
Pengesahan Surat Pengenalan Diri Praktikum
Cemerlang Insan Kerana Guru Unggul...C.I.K.G.U
Khamis, 13 November 2008
SENARAI NAMA PENYELIA
Isnin, 10 November 2008
PERHATIAN UTK PELAJAR YANG AKAN MENJALANI PRAKTIKUM
Ahad, 9 November 2008
MAKE YOURSELF MORE VALUABLE
In 1974 I committed myself to the pursuit of personal growth. I knew that it would help me to be a better educator, so I began to continually read books, listen people, attend conferences, and learn from better leaders. At the time, I had no idea that this commitment would be the most important thing I would ever do to help others. But that has turned out to be the case. As I improve myself, I am better able to help others improve. The more I grow, the more I can help others grow. The same will be true for you. (25 Ways to Win with People)
TAKE STEPS TO EXPAND YOUR KNOWLEDGE,
YOUR EXPERIENCES, OR YOUR SKILLS TODAY.
NUTP tolak Sains, Matematik guna BI di sekolah rendah
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), semalam menolak pelaksanaan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di peringkat sekolah rendah.
Pendirian terbaru kesatuan mewakili 135,000 guru itu yang sebelum ini menyokong program dilaksanakan Kementerian Pelajaran sejak 2003 diputuskan ketika Persidangan Perwakilan NUTP ke-18 di Pulau Pinang pada 24 hingga 27 Ogos lalu.
Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Pheng, berkata delegasi menolaknya selepas mendapati majoriti murid di sekolah rendah mengalami kesukaran mengikutinya terutama dari segi memahami istilah Sains serta Matematik dalam Bahasa Inggeris.
"Menerusi maklumat dan pandangan diterima daripada guru terbabit dalam PPSMI, murid di sekolah rendah terutama mereka di tahap satu (tahun satu hingga tiga) masih gagal menguasai istilah dua subjek itu ketika diajar dalam Bahasa Inggeris.
"Ia menyebabkan guru turut mengalami kesukaran mengajar kerana murid langsung tidak memahami apa yang diajar guru. Sehubungan itu, ahli menolak PSSMI di sekolah rendah kerana tiada faedah diperoleh jika situasi berkenaan berterusan.
"Bagaimanapun, NUTP tetap menyokong pelaksanaan PSSMI di peringkat sekolah menengah kerana murid masih boleh mengikutinya dengan baik kerana sudah mendapat sedikit pendedahan dari segi istilah," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.
Pada 2002, Kabinet memutuskan Bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa berkenaan serta kualiti murid bagi melahirkan modal insan berkualiti.
Keputusan sama ada pengajaran dan pembelajaran subjek itu akan kembali diajar dalam bahasa Malaysia akan ditentukan pada akhir tahun ini dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini akan diambil kira dalam menentukannya.
Selain itu, Kementerian Pelajaran juga menggunakan resolusi Persidangan Meja Bulat PPSMI yang dianggotai tokoh akademik, penyelidik dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk meneliti laporan kajian, tinjauan dan pemantauan berkaitan pelaksanaan PPSMI.
Mengulas lanjut, Loke berkata, pendirian NUTP itu tidak bermaksud pihaknya menolak serta merta PPSMI di sekolah rendah sebaliknya mencadangkan supaya ia melalui proses penambahbaikan sebelum diperkenalkan semula.
"Kami mencadangkan supaya istilah Sains dan Matematik diajar dalam silibus subjek Bahasa Inggeris bermula dari peringkat prasekolah sehingga darjah tiga bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa berkenaan.
"Selepas yakin murid dari peringkat itu sudah boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula PPSMI di sistem pendidikan negara," katanya.
aminridzuan@bharian.com.my
Sabtu, 8 November 2008
Salam Ukhuwah & Tautan kasih...
Laman ini dibangunkan khas untuk cikgu-cikgu mahu pun bakal cikgu ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN. Diharapkan laman ini dapat menjadi wadah atau medan untuk kita saling bertukar-tukar maklumat sama ada berkaitan akademik mahu pun permasalahan semasa. Segala cetusan minda dalam usaha menambahbaikkan laman ini amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan syuran jazilan.
Seruling Senja
Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.Allah telah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud:
Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama-sama keranaKu, dua orang kunjungmengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong menolong keranaKu.
FirmanNya lagi dalam hadis Qudsi yang lain bermaksud:
Mana dia orang yang bercinta kerana keagunganKu? Hari inilah Aku akanmenaungi mereka di bawah nauganKu, iaitu hari yang tiada naungan selaindari naunganKu.
Rasulullah bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah. Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah.
Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana Allah.
Ataupun jika ia mencinta seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah.
Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya ataupun barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan dalam hal ehwal kehidupannya yang menerusinya ia dapat hidup senang, maka kecintaan serupa itu adalah cinta tabii, cinta biasa yang tiada kena mengena dengan Allah. Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya, tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan.
Allah Taala telah berfirman yang bermaksud: