Khamis, 8 Januari 2009

Selangkah Ke Alam Nyata





Dup...dup...dup...begitu lah debaran yang pastinya menyelubungi perasaan dan pemikiran rakan2 yang akan menjalani praktikum bermula Isnin ini (12 Jan 2009). Walau apapun, itulah kenyataan dan cabaran yang harus ditempuhi. Pesanan daripada beberapa orang pensyarah, yang pertama sekali kita betulkan niat kita (mengajar kerana siapa?), untuk apa kita mengajar?. InsyaAllah bila mana niat kita betul, pasti Allah akan memudahkan segala cara. Amin. Apa pun, saya mewakili warga kerja cikgufizikupsi mengharapkan agar rakan2 berusaha sebaik mungkin, ambil lah peluang dan kesempatan yang ada untuk sentiasa upgrade dan up-to-date. Yakin lah akan diri kita, beri peluang dan motivasi kepada diri sendiri. Jadi lah diri kita yang sebenarnya. Oh ya, jangan lupa moto kita iaitu C.I.K.G.U (Cemerlang Insan Kerana Guru Unggul), Guru Bitara, dan kita semua adalah Anak Kandung Suluh Budiman. UPSI boleh! Kita semua pasti bolah!


Tiada ulasan: