Isnin, 5 Januari 2009

Yuran Sem 8 (praktikum)

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera...

Kepada rakan2 yang akan menjalani praktikum, yuran semester masih pada kadar RM799. Saya dimaklumkan oleh pihak bendahari kerana ianya sudah termasuk dalam pakej pengajian. Hal ini masih diperingkat perbincangan antara MPP dengan pihak Bendahari UPSI. Antara hujah/sebab yang diberikan oleh pihak Bendahari kepada MPP ialah, tuntutan (claim) oleh pensyarah adalah lebih tinggi berbanding apa yang dibayar oleh pelajar dalam yuran. Apapun rasionalnya berkaitan sebab yang diberikan oleh pihak Bendahari, diharapkan rakan2 tidak terlalu terbawa-bawa sehingga menjejaskan prestasi kita semasa praktikum nanti. Sekiranya tidak kita, semoga junior2 kita akan menikmati pemotongan yuran tersebut. Saya mewakili wargakerja blog cikgufizikupsi merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada Anak Kandung Suluh Budiman tidak kira di mana jua kita berada. Bersama2lah kita bermujahadah ke hadrat ILAHI agar DIA membantu dan melindungi saudara2 seIslam di bumi Palestin dan dimana jua mereka berada. Amin Ya Rabba'alamin...

Wsalam...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamu 'alaikum.
Rashid, nak tanya sikit. yuran kolej termasuk dalam rm799 yang tidak dimansuhkan?
shukor

H_SYIDAH berkata...

tq 4 yr in4mation