Usai menikmati makan tengah hari, saya dan seorang teman dari Singapura berbual-bual. Perbualan kami berlegar menyentuh pelbagai isu. Tiba-tiba beliau menyoal, “I am actually curious. Why I saw some Muslim girl here, they wear the tudung but at the same time with a short sleeves. Some, you can even see their chest.”
“I thought they suppose to wear it to cover the aurat…”, Beliau menyambung.
“Don’t worry, you’re not alone. Like you, I’m curious too”, walaupun dengan nada seloroh dan mengundang tawa kami. Tetapi ianya benar-benar sesuatu yang menghairankan saya dahulu.
“But let me share with you what I learned from my dialogue with a sister. She shared with me her thought about tudung before she have the right understanding about it”, saya berkongsi pengalaman.
“She said, before this she thought tudung is just something that encouraged in Islam or to extend that it just a culture. Not an obligation and she did not know it is mention in the Quran. In other word, she before that wears without truly understand why she did that. Not limited to tudung, we could find almost everywhere people doing something without deep understanding on what they are doing”, saya meluahkan.
Pengalaman saudari yang baru memahami erti melindungi aurat yang saya ceritakan mungkin pengalamannya seorang sahaja. Lain orang barangkali lain pula corak pemikiran dan persekitarannya. Namun sukar untuk menafikan bahawa ianya tidak dapat lari daripada soalan ‘mengapa’ dan ‘untuk siapa’.
Dua persoalan itu adalah kompas yang menentukan arah setiap tindakan. Saya sering menjadikan dua persoalan tersebut penunjuk arah baik sebelum memulakan perjalan atau ketika melalui lorong-lorong kehidupan. Saya berikan contoh dalam pemakaian tudung. Sekiranya pemakai jelas mengapa ia memakai tudung dan dapat menjawab dengan iman untuk siapa.
Tidak mungkin seorang yang menjawab ia memakainya untuk menutup aurat atas titah Allah SWT, akan menutup kepala tetapi mendedahkan dada. Melindungi jambul tapi menampakkan pinggul. Kerana itu semua aurat. Dan tidak mungkin bagi yang menjawab mereka memakainya kerana Allah SWT akan pada masa sama berpelukkan dengan bukan mahram. Kerana Tuhan yang menjadikan matlamat ia menjaga aurat adalah Tuhan yang sama melarangnya melakukan kemungkaran. Perempuan memakai tudung tetapi tidak semenggah perangai, masalahnya bukan pada tudung atau jubah seluas guni. Tetapi samada ia jelas atau tidak pada dua persoalan tadi.
Namun yang lebih membimbangkan adalah. Dalam ramai manusia yang terkinja-kinja menyambut hari kebesaran Islam kerana mengakui dirinya umat Islam. Atau yang begitu bersentimen apabila isu-isu Islam disentuh. Tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan Islam atau apa yang ingin dicapai Islam. Saya bertanya pada diri sendiri, sudahkah kita menjawab dengan jelas mengapa kita memilih menganut Islam? Dan untuk siapa tunduk, patuh, menyerah diri (islam) kita itu?
alFaisal
Kuala Lumpur
6 November 2008 / 8 Zulkaedah 1429
12.00 pm
http://demipena.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan