Dalam surah Al Anbiya ayat 21:30, Allah berfirman:
“Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya adalah bercantum sebagai satu, kemudian Kami pisahkan keduanya…”
Di dalam Al Jamik li Ahkamil Quran Jilid 5 halaman 4323, Imam Qartubi telah meriwayatkan perkataan-perkataan Ibn Abbas, Al-Hasan, 'Atha, Ad-Dahhak dan Qatadah:
“Ia bermaksud bahawa kedua langit dan bumi pada asalnya adalah satu yang melekat lagi bercantum, kemudian Allah pisahkan di antara keduanya dan dijadikan di antara keduanya udara.”
Di dalam Al-Asas fit Tafsir Jilid 7 halaman 3454, Said Hawa telah mendatangkan riwayat dari Ibn Kathir tentang pandangan Said bin Jubair berhubung dengan ayat ini:
“Bahkan.. sebelum ini langit dan bumi melekat dan bercantum di antara satu dengan yang lainnya. Ketika Allah meninggikan langit maka menonjollah bumi. Demikianlah maksud Allah memisahkan di antara keduanya.”
Syeikh Tantawi Jauhari dalam kitabnya yang terkenal ‘Al-Jawahir’ yang ditulisnya pada sekitar tahun 1920-1930, telah menyebutkan:
“Apa yang telah dijelaskan oleh Al-Quran dahulu ialah bahawa langit alam yang ada di dalamnya, adalah semua bercantum lalu Allah pisahkan semuanya. Di sini kita tegaskan bahawa ini adalah mukjizat, kerana ilmu ini belum diketahui kecuali pada zaman sekarang..”
Berpandukan ayat ini, tafsiran yang muktabar menerima hakikat bahawa alam ini pada suatu ketika dahulu adalah bercantum sebelum dipisahkan mengikut yang dikehendaki oleh Allah.
Sumber: http://www.geocities.com/aljabar34/index.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan